Wednesday, February 12, 2014

pemilik

setahun. 
Disember berganti.
Selamat Ulang Tahun duhai pemilik. 

Januari bertandang, 
Tabahkan hatimu berjauhan dariku duhai pemilik

Februari menjelang, 
Kuatkan cintamu padaku duhai pemilik. 

Duhai pemilik, 
siang aku bahagia dengan hadirmu dalam jagaku
malam aku bahagia dengan hadirmu dalam mimpiku
engkau pemilik siang dan malam aku. 

Duhai pemilik, 
minda aku tidak lekang memikirkanmu.
hati aku tidak jemu merindukanmu.
jasad aku tidak biasa berjauhan darimu.
Engkau pemilik minda, hati dan jasadku. 

Duhai pemilik, 
mata aku sering melihatmu dalam terang dan gelapku.
telinga aku sering mendengar ucapan cinta darimu.
bibirku tidak berhenti berdoa akan jodohku milikmu.
engkau pemilik mata, telinga dan bibirku.

Duhai pemilik, 
ayuh nakhodai bahteramu.
kita hampir karam, jangan kau putus asa. 
labuhkan sauhmu, genggam erat tangan aku. 
kemudi bahtera kita ke arah istana halal kita.
engkau pemilik aku semasa aku berada di dunia pinjaman, 
semoga engkau jugalah pemilik aku di dunia abadi nanti. 
bertemu pemilik kita yang sebenar. 

yang ikhlas sentiasa mencintaimu, 
Mawar Ayu.

Nota kaki : buat Mohd Termizi, maafkan dinda atas kesilapan dan kekhilafan yang mungkin merobek hatimu, kanda. Assalamualaikum. 

Wednesday, January 16, 2013

debu itu disapu.


satu dekad sudah berlalu,
satu dekad sudah menyapa,
satu dekad sudah belayar,
dalam satu dekad, segalanya sudah.

yang sama,
pemilik jasadnya, detikan nadinya,
degupan jantungnya, aliran darahnya.

yang bedanya,
saiz jasadnya, bilangan detik nadinya,
deras degup jantungnya, laju alir darahnya.

kini aku datang, untuk menyapu debu itu,
kini aku kembali, untuk menyapu debu ini.
harapan aku cuma satu, istiqamah.
bukan hanya dalam menyapu debu itu, debu ini,
tapi istiqamah dalam mencari redhaNya.

nota kaki : aku kini melayari bahtera bahagia bersama dia.

Assalamualaikum.
yang bahagia bertinta,
Mawar Ayu.

Saturday, November 19, 2011

jauh di sudut.

idea di canai asli : mawar ayu. 

Di sudut itu, aku tersentap.
Di sudut itu, aku terkenang.
Di sudut itu, aku terbayang.
Di sudut itu, aku terusik. 
Di sudut itu, aku menangis.
Di sudut itu, aku mengeluh. 
Di sudut itu, aku meratap. 
Di sudut itu, aku meraung. 


aku rindu. 
teramat rindu. 
namun, aku topengkan rindu itu dengan senyuman. 
walhal, di sudut itu aku menangis. 


aku simpan namamu, di sudut itu. 
aku simpan tawamu, di sudut itu.
aku simpan sendumu, di sudut itu. 
aku simpan semua tentangmu, di sudut itu. 




sudut itu, jauh di hati aku. 

nota kaki : dia, tolong bahagia. tolong jangan sedih :)

kenapa menulis ?

tinta tumpah oleh : Mawar Ayu.


aku suka merah, kau suka biru. 
aku suka hitam, kau suka putih.
aku suka kuning, kau suka hijau.
aku suka ungu, kau suka merah jambu. 


aku suka ikan, kau suka ayam. 
aku suka teh, kau suka kopi.
aku suka pisang, kau suka nenas. 
aku suka merpati, kau suka gajah. 


aku suka menulis, kau suka membaca. 
nahh. disitu bedanya kita. 
aku menulis, kerana aku suka.
kau membaca, kerana kau suka.